Sunday, November 1, 2009

Smktho

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (SMKTHO) dibina pada 1.1.2002 dengan kos sebanyak RM 12 juta. SMKTHO mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Mulanya sekolah ini diberi nama SMK Seberang Jaya 2 dan kemudiannya ditukar kepada SMK Tun Hussein Onn sempena nama Perdana menteri ke-3, Tun Hussein Onn. Pada peringkat awal, SMKTHO menumpang di SMK Seberang Jaya kerana bangunan sendiri belum siap sepenuhnya. En. Khaliqul Zaman b. Mohamed Sheriff peneraju utama dan bertindak sebagai Penyelaras, Pn Hjh. Salmah bt. Bakar bertindak sebagai PK Hem, En. Ghazali b. Abu Bakar Sebagai PK Kokurikulum dan dibantu oleh 7 orang tenaga pengajar, SMKTHO mula beroperasi. Bilangan pelajar seramai 128 orang, 65 pelajar lelaki dan 63 pelajar perempuan. Hanya 4 kelas dibuka iaitu 3 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas Peralihan. Pada 6 Mei 2003, SMKTHO mula beropersi di bangunan sendiri. Bangunan ini terletak di kawasan seluas 5.23 ekar dengan rekabentuk bangunan yang terkini dan menarik. Walaupun keluasan padang SMKTHO agak terhad, bukan penghalang untuk mengadakan acara sukan tahunan. Acara sukan tahunan kali pertama diadakan di padang SMK Seberang Jaya diikuti di padang Ben-Q dan Stadium Bertam. Pelajar sulong sekolah ini telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2005 dengan peratus kelulusan sebayak 71%. Manakala keputusan SPM pertama pada tuhun 2005 telah mecapai peratus kelulusan sebanyak 93%.Keputusan ini akan menjadi asas panduan untuk membentuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment